Percuma Vivo V7+ Jika Anda Daftar Pelan Pascabayar Digi

Hari ini Digi menawarkan dua peranti vivo secara percuma kepada mereka yang melanggan pelan pascabayar Digi terpilih. Dua peranti tersebut ialah vivo V7+ dan vivo Y53 kedua-duanya berharga RM1,299 dan RM599 seunit.

Bagi yang berminat, anda boleh segera menukar ke rangkaian Digi atau mendaftar sebagai pelanggan baru untuk mendapatkan salah satu telefon pintar 4G ini. Langganan kepada pelan Digi 150 menawarkan vivo V7+ pada harga RM49 sahaja, sementara langganan kepada Digi 250, vivo V7+ akan diberikan secara percuma.

Manakala, langganan kepada Digi 80 sehingga Digi 250 untuk peranti vivo Y53, ia adalah percuma tetapi pelanggan perlu mengeluarkan wang pendahuluan sebanyak RM300 hingga RM450. Wang pendahuluan ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun untuk potongan bil bulanan seterusnya. Wang pendahuluan ini juga akan dikenakan kepada pelanggan yang ingin memiliki vivo V7+.

Promosi ini sah bermula sekarang sehingga 31 Disember 2018. Anda boleh lihat pada jadual di bawah sebagai rujukan :

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar ini, anda boleh layari ke laman rasmi Digi.

You might also like