
HARGA: RM 1,499
Pengenalan telefon pintar dengan skrin hampir penuh kini dilihat menjadi ikutan kepada banyak pengeluar termasuklah vivo sendiri. Kali ini vivo dengan bangganya ingin memperkenalkan V7+, sebuah telefon pintar dilengkapi skrin IPS dengan nisbah 18:9 yang diberi nama FullView Display.
Persembahan kali ini telah membuang butang di depan yang mana sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh vivo. Bukan itu sahaja, vivo juga telah meletakkan kamera depan dengan sensor yang besar iaitu sebanyak 24 Megapiksel. Ini sekaligus menjadikannya yang pertama di dunia mengenakan sensor seumpanya di telefon pintar.
SPESIFIKASI
PLATFORM
- Android 7.1.2 Nougat
- Funtouch OS 3.2
KAD SIM
- Dual SIM (nano SIM)
PEMPROSES
- Qualcomm Snapdragon 450
- Octa-core 1.8GHZ
- Adreno 506
- 14nm / 64 bit
DIMENSI
- 155.9 x 75.8 x 7.7mm / 160g
PAPARAN
- 5.99 inci FullView Display / HD IPS LCD
- 1440 x 720 piksel (~269ppi)
- Nisbah skrin-ke-kerangka 84.4%
- 2.5D curves glass screen
MEMORI
- 64GB ROM
- 4GB ROM
- microSD sehingga 256GB
KAMERA UTAMA
- 16 Megapiksel
- Aperture f/2.0
- Auto fokus / LED flash
KAMERA DEPAN
- 24 Megapiksel
- Selfie Softlight
- Aperture f/2.0
RAKAMAN VIDEO
- HD 1080p
BATERI
- Li-Ion 3225mAh
- Pengecasan pantas
KESELAMATAN BIOMETRIK
- Pengimbas cap jari
- Face Access
AUDIO
- HiFi Chipset AK4376A
SAMBUNGAN
- Bluetooth 4.2
- USB microUSB 2.0
- GPS + GLONASS
- BeiDou
- USB OTG
PAKEJ PEMBELIAN
- Kotak Pembungkusan
- vivo V7+
- Adapter pengecas
- Kabel microUSB 2.0
- Fon telinga
- Pin slot
- Sarung peranti
REKA BENTUK
Skrin FullView Display
vivo V7+ direka khusus untuk keselesaan si pemakai apabila memegangnya. Menampilkan paparan FullView Display dengan menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 84.4%, ia menjanjikan pengalaman hiburan yang betul-betul mengasyikkan.
Kerangka bodi peranti ini juga dibina berasaskan logam yang ringan dengan ketebalan hanya 7.7mm. Selain itu, ia juga akan memastikan pengguna akan berasa puas ketika membaca, bermain atau menonton video.
Kamera Utama & Pengimbas Cap Jari
Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana ia hanya menempatkan satu lensa kamera utama beresolusi 16 Megapiksel dan juga LED flash yang kelihatan sedikit timbul.
Di bawah lensa pula kelihatan pengimbas cap jari yang sangat responsif serta tulisan vivo yang lebih menyerlah berwarna silver.
Port & Speaker
Bahagian bawah kerangka vivo V7+ ini telah dioptimumkan ruangnya dengan penyediaan port 3.5mm audio jack, lubang mikrofon, port microUSB dan juga speaker.
Manakala bahagian atas kerangkanya pula kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana hanya dilengkapi dengan lubang mikrofon sahaja.
Sisi Kerangka
Sisi kiri vivo V7+ tersedia dengan satu slot kad jenis hibrid yang mana pengguna perlu memilih sama ada ingin menggunakan dua kad SIM bersaiz nano ataupun satu kad SIM bersaiz nano dengan kad microSD.
Sisi kanannya pula seperti biasa telah menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa.
APA FUNGSI YANG COOL?!
1) Face Access
Selain daripada memiliki paparan hampir penuh, vivo V7+ juga dimuatkan dengan sistem keselamatan yang berteknologi tinggi. Pengguna kini ditawarkan sistem imbasan muka untuk menyahkunci peranti lebih kurang sama digunakan pada peranti flagship Samsung dan Apple.
Dinamakan Face Access, ciri keselamatan terbaru ini dikatakan akan memberi kemudahan kepada pengguna selain daripada fungsi pengimbas cap jari di belakang. Face Access mampu membuka peranti dalam masa 0.1 saat sahaja, sekaligus menjadikan pengalaman lebih sempurna dan lebih mudah.
Selain Face Access, teknologi pengimbas cap jari juga turut disokong oleh telefon pintar ini. Lebih menarik, ia boleh digunakan sehingga 5 jari berlainan dalam satu-satu masa.
2) Permainan Mudah Alih
Selain daripada kamera depan, vivo V7+ juga dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450 Octa-core berkelajuan 1.8GHz. Ia juga dibantu dengan memori RAM 4GB dan keluasan storan sebanyak 64GB yang menyokong kad microSD.
Bagi anda yang suka bermain permainan mudah alih, peranti ini akan memberikan kelancaran dengan menyediakan ciri Game Mode yang akan menyekat sebarang notifikasi atau panggilan.
3) Muzik Hi-Fi
Selain menitik beratkan fungsi penggambaran, vivo juga masih memberi perhatian buat penggemar muzik. Kedudukan speaker yang terletak di bahagian bawah kerangka sememangnya sangat praktikal untuk tujuan hiburan.
Tambahan pula, ianya dilengkapi dengan cip audio berteknologi Hi-Fi AK4376A yang mampu menghasilkan audio yang kedengaran lantang serta sedap didengar.
4) Smart Split 3.0
Kehadiran fungsi Smart Split 3.0 pula membolehkan anda membuat tugasan dengan mudah! Jika menerima Email mahupun SMS ketika sedang menonton video, anda boleh terus membaca mesej sambil menonton video.
Perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu di ruangan tetapan, dan antara aplikasi yang menyokong fungsi ini adalah Facebook, Line, WhatsApp, YouTube, Play Movies & TV dan beberapa lagi.
5) App Clone
vivo juga telah memasang perisian istimewa pada V7+ yang tiada pada model sebelum ini dipanggil App Clone. Ia membolehkan pengguna menggunakan dua akaun media sosial secara serentak.
Buat masa sekarang, aplikasi yang menyokong App Clone adalah WhatsApp, Line, BBM, WeChat, Zalo serta Viber sahaja.
KEISTIMEWAAN LENSA DEPAN VIVO V7+
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend untuk pengeluar memperkenalkan smartphone yang dikhususkan untuk penggemar swafoto. Sungguhpun begitu, pendekatan yang diambil oleh setiap pengeluar dilihat sedikit berbeza seperti menampilkan sokongan lensa yang beresolusi tinggi, aperture yang besar serta dilengkapi dengan lampu LED Flash.
Berbeza dengan telefon pintar swafoto vivo sebelum ini, di mana vivo nampaknya telah mengambil langkah positif apabila memperkenalkan V7+ yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang mampu menarik perhatian pengguna…
1# Lensa Swafoto 24 Megapiksel
vivo buat pertama kalinya membawakan sensor sebesar 24 Megapiksel pada kamera depan. Gambar swafoto kini dipertingkatkan dengan ciri Face Beauty 7.0 yang membolehkan anda merakam gambar wajah yang lebih sempurna serta lebih natural walaupun dalam persekitaran yang malap.
2# Selfie Softlight
Secantik manapun telefon pintar kamera swafoto yang anda miliki, ianya tidak bermakna apabila anda berada di dalam persekitaran yang gelap kerana hasil gambar yang diambil kelihatan gelap dan kurang menarik. Tetapi dengan sokongan ciri Selfie Softlight pada vivo V7+, ia dapat melaras cahaya secukupnya bagi menghasilkan gambar yang jelas dan terselah dan sekaligus dapat mengurangkan masalah over expose.
3# Mod Kamera Swafoto
Selain penyediaan lensa yang beresolusi tinggi bagi memastikan keupayaan swafoto yang terbaik, vivo turut memperkenalkan mod kamera khas untuk aktiviti swafoto dengan beberapa mod menarik iaitu Face Beauty 7.0, Face Beauty untuk panggilan video, Group Selfie dan juga Portrait.
Tetapi mod yang paling menarik untuk dicuba oleh penggemar swafoto sudah tentunya Portrait, ini kerana ia secara automatik akan menghasilkan imej latar yang kabur mirip seperti gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR.
HASIL GAMBAR












KOMEN
vivo telah menambah sebuah lagi model untuk penggemar swafoto yang diberi nama V7+. Telefon pintar yang menampilkan paparan skrin hampir tiada bezel berukuran 5.99 inci, pastinya mampu menarik perhatian golongan wanita yang gemar berswafoto.
Menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan tataan cahaya khas yang dikenali sebagai Selfie Softlight bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang ketika anda mengambil swafoto di kawasan yang mempunyai cahaya terhad, serta disediakan dengan pelbagai mod baru untuk anda cuba! Kami sangat tertarik dengan sokongan spesifikasi peranti ini kerana ia bukan sahaja memfokuskan kepada telefon pintar untuk swafoto semata-mata, tetapi di dalamnya menyediakan kapasiti ROM 64GB serta RAM 4GB.
Malah sentuhan kemasan logam memperlihatkan vivo V7+ kelihatan premium dan harganya juga berpatutan. Namun sedikit mengecewakan, telefon pintar ini hanya menggunakan kabel USB microUSB 2.0 dan bukannya USB Type-C yang menjadi tren masa kini.
Baca Juga:









