Acer Day Kembali Lagi! Tawaran Menarik Di Mid Valley Bermula 30 Julai – 05 Ogos

- Iklan -

Peneraju dalam jenama komputer dunia, Acer sekali lagi mengadakan acara tahunan “Acer Day 2018” bermula 30 Julai hingga 05 Ogos 2018 di Mid Valley.

Acara ini akan berlangsung secara serentak di 20 negara Asia termasuk China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, New Zealand, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Mongolia, Myanmar dan Sri Lanka.

https://www.youtube.com/watch?v=wlVxpottCFU&feature=youtu.be

Tema tahun ini adalah “Acer Day – Play Music Together”, yang membawa maksud menggabungkan semua orang melalui platform Acer dengan muzik yang sentiasa menjadi unsur utama mengeratkan hubungan sesama sendiri. Antara hadiah lumayan menanti anda adalah perjalanan 4D/3N ke Taiwan untuk 2 orang, komputer riba Helios 300, Nitro 5, Swift 5, Spin 5, Iconia Tab 10, beg galas dan bluetooth speaker.

Sempena dengan Acer Day 2018, Acer Malaysia juga membuat roadshow di Mid Valley Megamall bermula 30 Julai hingga 5 Ogos 2018. Ingin dapatkan tawaran hebat ini, jangan lupa datang beramai-ramai.

Maklumat lanjut Jualan Kilat boleh rujuk FB Acer Malaysia.

You might also like