[Khabar Angin] Spesifikasi Awal Nokia 1 Dengan Sokongan Android Go Didedahkan

Blogger popular dari Rusia iaitu Eldar Murtazin baru-baru ini telah memuat naik satu tweet yang mendedahkan spesifikasi awal milik Nokia 1. Melalui perkongsian ringkas yang ditulis di dalam bahasa Rusia itu, Nokia 1 dikatakan akan dioperasikan dengan Android Go iaitu sebuah platform terbaru dari Google yang dibangunkan untuk telefon pintar bajet bagi pasaran sedang membangun.

Eldar Murtazin turut berkongsi bahawa Nokia 1 akan menyokong paparan skrin IPS beresolusi 1280 x 720 piksel, memori dalaman sebesar 8GB dan juga kapasiti RAM 1GB. Manakala harga jualannya masih belum ditetapkan lagi, tetapi dijangka akan dijual sama ada Russian Ruble 4490 (kira-kira RM352) atau Russian Ruble 5490 (kira-kira RM388). Nokia 1 juga dijangkakan dilancarkan pada Mac 2018 nanti.

You might also like