Huawei Bakal Lancarkan Tiga Model Siri-P Menjelang Suku Ke-2 Tahun 2018

Pada tahun 2018, Huawei merancang beberapa strategi mengenai pelan tindakan mereka dalam memasarkan produk. Terbaru, imej yang tertiris menunjukkan Huawei bakal melancarkan tiga peranti baru menggunakan kod nama Maya, Salina, dan Honor 1 bagi suku pertama tahun hadapan.

Selain itu, Huawei juga akan meluaskan lagi pasaran mereka dengan model Mate 10 Pro dan Mate 10 Lite (Nova 2i) yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Sementara untuk suku kedua, syarikat China ini akan memperkenalkan tiga model mewakili siri-P yang mungkin merujuk kepada P11, P11 Plus, dan P11 Lite. Dalam masa yang sama sebuah peranti honor bakal ditampilkan.

Pelan tindakan Huawei yang kini tersebar

Pada suku selanjutnya, hanya honor yang melancarkan peranti dan untuk suku terakhir tahun hadapan, Mate Pro dan Mate Lite pula diperkenalkan. Untuk penutup tahunan, honor juga akan mempamerkan peranti terbaru yang diberi kod nama honor 4.

Selain daripada telefon pintar, ada juga peranti mudah alih lain dilancarkan antaranya router tanpa wayar, kamera 360, peranti boleh-pakai, dan beberapa peranti lain. Jika benar kesahihan pelan tindakan yang tersebar ini, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari mereka kelak.

You might also like