
Berhati-Hati Menggunakan Pengecasan USB Di Kawasan Awam – “Juice Jacking” Teknik Godam Baharu!
Kalau shopping di pusat membeli-belah, atau sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang, biasanya akan nampak tempat mengecas peranti pintar yang disediakan kepada orang awam, kan?! Apa yang kita akan buat? Cas sahaja tanpa memikirkan selanjutnya, betul?!
Maka anda perlu lebih berwaspada kerana baru-baru ini melalui Twitter Peguam Daerah Los Angeles, terdapat serangan godam yang dinamakan “Juice Jacking” yang akan menyerang peranti pintar anda apabila menggunakan pengecasan USB di kawasan awam seperti pusat membeli-belah, lapangan penerbangan atau hotel.
‘Juice Jacking’ Criminals Use Public USB Chargers to Steal Data – learn more: https://t.co/OCJW39UVpt
#FraudFriday #fraud #fraudalert #crime #scams #scamalert pic.twitter.com/RMG94vhEfC— George Gascón (@LADAOffice) November 8, 2019
Peranti yang terlibat dalam serangan adalah bahaya kerana malware yang memasuki peranti anda secara tersembunyi, akan menghantar segala data peribadi termasuk kata laluan serta alamat rumah anda kepada pengodam.
Bagi mengelakkan menjadi mangsa dalam kes Juice Jacking, anda disarankan:
- Cas menggunakan palam pengecas, bukan pengecas USB.
- Menggunakan powerbank.

