Samsung Galaxy S9 Ditawarkan Pada Harga RM2,899 Untuk Masa Terhad

Samsung Galaxy S9 baru sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan pada minggu lepas berharga RM3,299. Kepada anda yang ingin mendapatkan peranti ini dengan harga lebih murah, Shopee menawarkan peranti ini pada harga RM2,899 untuk masa terhad.

Samsung Galaxy S9 masih dikekalkan paparan Infinity Display 5.8 inci Super AMOLED dengan ruang bezel lebih nipis. Menawarkan memori RAM 4GB dan storan 64GB, telefon pintar ini menawarkan kamera utama 12 Megapiksel dengan sokongan OIS. Manakala untuk penggambaran swafoto pula, ia dibekalkan kamera beresolusi 8 Megapiksel f/1.7 serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi yang ingin mendapatkan Samsung Galaxy S9 pada harga serendah RM2,899, anda boleh ke laman rasmi Shopee sekarang.

You might also like