Google Meningkatkan Tawaran Android Security Rewards

824
- Iklan -

security-android-nexusGoogle telah meningkatkan kadar hadiah kepada individu atau kumpulan yang berjaya mendedahkan kelemahanan sistem Android. Program yang dikenali sebagai Android Security Rewards itu telah dilancarkan sekitar Jun tahun lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan hampir RM 2.2 juta telah dibayar kepada individu dan kumpulan tertentu.

Bagi meneruskan usaha menjadikan Android sebuah sistem yang selamat dan sempurna, Google telah meningkatkan kadar hadiah sebanyak 33 sehingga 50 peratus. Hadiah tersebut diberikan kepada mereka yang berjaya melaporkan pepijat di dalam sistem Android, namun ia haruslah memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Google sebelum hadiah tersebut menjadi milik anda.