
Need for Speed : Heat Bakal Dilancarkan Pada 8 November – Pasti Lebih ‘Menyengat’
Siapa yang tak kenal dengan permainan Need for Speed kan? Ghost Games kini secara rasmi memperkenalkan permainan Need for Speed : Heat – penyambung legasi siri Need for Speed. Permainan ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 8 November 2019 menerusi beberapa saluran berbeza termasuk di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin.

Video trailer permaian berkenan juga telah dikongsi. Lebih isitmewa, sesiapa yang mempunyai langganan EA access atau Origin access berpeluang untuk mencuba bermain selama 10 jam bermula 5 November kelak.

Need for Speed : Heat merupakan kesinambungan seterusnya buat siri Need For Speed terdahulu – Ia merupakan permainan berfokuskan bentuk perlumbaan jalanan dengan pelbagai pengubah-suaian kenderaan dalam bentuk penceritaan unik.
[SUMBER]

