
Xiaomi Memperkenalkan Kamera Lasak 4K Terbaru
Xiaomi telah melancarkan model terbaru YI Action Camera yang dikenali sebagai YI 4K Action Camera. Seperti yang tertera pada namanya, model terbaru dari Xiaomi ini boleh merekod dalam resolusi 4K.
YI 4K Action Camera dilengkapi dengan sensor 12 megapiksel Sony IMX377 dan berkebolehan menangkap gambar pegun dalam resolusi asal. Selain itu Xiaomi juga melengkapkan model ini dengan skrin sentuh 2.19 inci bagi memudahkan pengguna menavigasi media di dalam kamera.
Bagi mereka yang berminat dengan kamera ini, terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu hitam, putih dan rose gold, ianya dijual pada harga RMB 1199 (kira-kira RM 740).

