MWC 2019: 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Lenovo Tab V7!!!

Peminat Lenovo pastinya tertanya-tanya mengapa perlu membeli Lenovo Tab V7. Seperti yang diketahui, peranti ini disertakan dengan paparan yang menakjubkan dengan 6.9 inci IPS Full HD display serta mempunyai bunyi yang mempersona.

Ia dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon™ 450 dan mempunyai 4GB RAM dan storan sehingga 64GB (boleh ditambah kepada 128GB menerusi mikroSD slot). Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu memiliki peranti ini.

 

# Paparan 6.9 Inci Full HD Display Beri Paparan Menakjubkan

Peranti ini mempunyai skrin 6.9 inci Full HD Display dengan IPS FUll HD 1080 x 2160 display. Ia mempunyai nisbah aspek 18:9 menjadikan skrin lebih tinggi dengan bezel nipis yang sekali gus memberikan 81% nisbah skrin ke kerangka. Pastinya pengalaman tontonan anda pada tahap yang berbeza.

 

# Bunyi Yang Mengagumkan

Disertakan dengan Dolby Audio, dwi speaker dibina untuk memberikan bunyi yang jelas dan menakjubkan. Sistem bunyinya yang kuat tanpa distortion akan memberikan kepuasan ketika menonton movie.

 

# Kelebihan Telefon Pintar Pada Harga Tablet

Sungguhpun peranti ini merupakan sebuah tablet, tapi ia turut disertakan dengan ciri-ciri sebuah telefon pintar. Anda menonton video pada skrin yang besar dan audio yang menakjubkan. Anda juga boleh melakukan panggilan dan ia juga turut disertakan dengan slot dwi sim. Rekaan peranti ini yang boleh di bawa ke mana sahaja. Dengan kenipisannya adalah 7.89mm dan beratnya hanya 195g pastinya memudahkan pengguna untuk membawa peranti ini ke mana sahaja.

 

# Daya Tahan Bateri Yang Lama

Antara kelebihan tablet ini ialah baterinya mampu bertahan lama. Disertakan dengan 5180 mAh memastikan telefon ini mampu bertahan lebih lama. Peranti ini mampu bertahan sehingga 10 jam memainkan video tanpa henti dan 30 jam untuk waktu bercakap. Android Pie juga memastikan penjimatan tenaga bagi peranti ini berjalan lebih efisen.

 

# Sesuai Buat Hiburan Kanak-Kanak

Menerusi peranti ini, kanak-kanak boleh menonton video edutainment pada skrin yang besar dan jelas. Jika berlaku kecemasan, kanak-kanak boleh membuat panggilan kepada ibu bapa mereka.

 

# Kamera Yang Sesuai Untuk Swafoto Dan Gambar Berkumpulan

Peranti ini pastinya disertakan dengan kamera yang tidak mengecewakan. Bagi kamera hadapan, ia disertakan dengan 5MP untuk swafoto dan 13MP bagi kamera belakang. Turut disertakan dengan HDR untuk mengoptimumkan rakaman malam atau panorama. Ia turut menyokong kesan bokeh.

 

# Sesuai Sebagai Sandaran

Adalah 1 keperluan jika kita membawa peranti tambahan terutamanya yang mempunyai sistem keselamatan yang baik. Lenovo Tab V7 disertakan dengan pengecaman cap jari dan pengecaman wajah. Dengan slot kad dwi sim, Lenovo V7 adalah peranti 4G yang membenarkan anda untuk bercakap, menghantar kiriman mesej dan sebagainya.

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

________________________

Baca juga:

 

You might also like