
Pesta beli-belah tahunan terbesar Shopee 9.9 Super Shopping Day kini kembali lagi dengan tawaran menarik selama 14 hari bermula 27 Ogos hingga 9 September 2018.
Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna dengan pelbagai tawaran eksklusif diberikan, malah menjelang 9 September Shopee juga akan mengadakan hari bertema hebat, di mana jualan kilat dan potongan harga sehingga 99% akan ditawarkan.
Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari. Promosi bermula dengan tema berlainan seperti Super Brands Festival pada 27 Ogos, yang merangkumi jenama terkenal seperti Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET.
Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian.
Pada 9 September juga tersedia 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan sehingga 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik dan Gaya Hidup.
Selain itu, 99 juta Shopee Coin sepanjang kempen ini turut ditawarkan dan pada 9 September nanti, pengguna boleh mengoncang sebanyak 18 kali dalam masa 24 jam untuk mengumpul coin Shopee ini.
Layari laman rasmi Shopee untuk maklumat lanjut, atau muat turun aplikasi di Apple Store atau Google Play Store.