
Jenama IKEA terkenal di di kalangan orang ramai dengan produk kelengkapan rumah yang moden dan harga mampu milik, kini IKEA telahpun melancarkan kedai atas talian mereka di pasaran Malaysia.
Mulai hari ini, anda bukan sahaja boleh membeli produk mereka di kedai fizikal, malah boleh juga membeli secara atas talian (online). Melebihi 9000 produk boleh dibeli terus melalui atas talian, dan perkhidmatan penghantaran boleh dipilih antara menggunakan parcel atau trak IKEA. Perkhidmatan penghantaran merangkumi seluruh Malaysia dan kos penghantaran dikenakan bergantung pada lokasi anda.
Selain itu, IKEA juga menawarkan laman dekorasi bilik yang membolehkan anda mendapatkan inspirasi selain membeli atas talian, di samping perkhidmatan pemasangan perabot seperti biasa turut ditawarkan.
Kedai Atas Talian IKEA

