
Pengeluaran Apple iPhone 7 Product Red Dihentikan

Pada bulan Mac yang lalu, Apple telah memperkenalkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dalam pilihan warna merah. Warna itu dikeluarkan sebagai tanda sokongan dalam program kebajikan pesakit HIV/AIDS dunia yang dinamakan Product Red. Di samping itu, warna merah ini juga dijadikan pilihan warna tambahan dalam barisan iPhone yang sedia ada.
Namun selepas pengumuman iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X serba baru semalam, Apple juga bertindak menghentikan pengeluaran edisi Product Red ini kerana sebab yang tidak diketahui. Oleh itu, pilihan warna iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kini kembali dengan pilihan warna asal iaitu Jet Black, Black, Gold, Rose Gold, dan Silver.
Tetapi, jika sekarang anda bercadang untuk mendapatkan versi merah ini, anda boleh melihat di mana-mana pengedar yang masih menawarkannya atau cuba lihat di laman atas talian seperti Mudah.my atau sebagainya.

