
Apple TV 4K – Menyokong Resolusi 4K Dan HDR

Bukan sahaja iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, dan Apple Watch Series 3 dilancarkan. Apple juga mengambil kesempatan memperkenalkan Apple TV 4K dalam acara ini. Set-top box dari syarikat Cupertino ini mula dipasarkan di Malaysia pada tahun lalu, namun untuk model terbaru ini ia menyediakan perkhidmatan penstriman yang menyokong resolusi sehingga 4K dan juga HDR.

Istimewanya, jika pengguna telah membeli kandungan rancangan dalam format HD penuh, ia secara kendiri akan menukarnya dalam bentuk 4K secara percuma. Apple TV 4K juga membolehkan pengguna menonton rancangan sukan dan berita secara langsung termasuklah kandungan rancangan tempatan. Selain itu, pengguna juga ditawarkan kandungan dari Netflix dan Amazon Prime.
Apple TV 4K hadir dengan cip pemproses A10X Fusion iaitu sama seperti digunakan pada iPad Pro selain, didatangkan bersama RAM sebanyak 3GB. Dengan cip grafik yang berkuasa ini, ia juga membolehkan pengguna bermain permainan melaluinya.

Aplikasi Apple TV juga sedang berkembang, akan datang aplikasi ini boleh dimainkan menerusi iPhone dan iPad hasil kolaberasi Apple dengan lima syarikat hiburan luar negara termasuk Australia, Kanada.
Mengenai harga pula, Apple TV 4K dijual di Malaysia pada harga RM999 untuk model 32GB dan RM1,099 untuk model 64GB. Sementara, model tahun lalu dijual dengan harga lebih rendah iaitu RM849 seunit.

