Wanita Di Arab Saudi Diceraikan Kerana Smartphone
Kita tahu smartphone sangat penting dalam kehidupan seharian bukan? Tahukah anda penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh smartphone?!
Di Arab Saudi berlaku kes penceraian yang agak memalukan, di mana seorang suami menceraikan isterinya pada malam pertama perkahwinan akibat gara-gara si isteri terlalu asyik bermain smartphone.
Menurut laporan daripada GulfNews, si suami ingin meluangkan masa bersama si isteri tetapi si isteri pula sibuk membalas mesej ucapan tahniah daripada kawan-kawannya yang diterima menggunakan smartphone. Si suami yang naik berang terus bertanyakan si isteri adakah kawan-kawan lagi penting daripadanya? Apabila si isteri menjawab ya, si suami terus menceraikan isterinya pada malam itu juga.
Kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan si suami masih bertegas untuk meneruskan perceraian walaupun telah dipujuk oleh ahli keluarga. Di Arab Saudi kes penceraian di kalang pasangan baru berkahwin dilaporkan sekitar 50%.

