
Cristiano Ronaldo Dilantik Menjadi Duta Nubia
Melantik duta bagi mempopularkan produk telah menjadi taktik yang sangat berkesan bagi mempromosikan produk mereka, bahkan sekiranya duta tersebut adalah orang terkenal.
Nubia pengeluar peranti di China baru-baru ini telah melantik pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo sebagai duta mereka. Beliau dilantik untuk mempromosikan peranti Nubia Z11, sebuah peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 652 dan mempunyai RAM sebesar 4 GB.
Berita ini amat menggembirakan peminat Cristiano Ronaldo, dengan melantik beliau sebagai duta, Nubia mungkin sudah bersedia untuk memperkenalkan jenama mereka ke luar China seperti jenama lain yang telah mendapat sambutan hebat.