Halal Speed Dating, Kumpul Dana Untuk Aplikasi Mudah Alih

Halal Speed Dating kini ingin memperluaskan platform mereka di dalam bentuk aplikasi. Buat masa sekarang, pembangun Halal Speed Dating sedang mengumpul dana melalui laman FundedByMe dengan jumlah RM350,000 dan pertukaran pegangan ekuiti sebanyak 9.04%.

Melalui aplikasi Halal Speed Dating yang bakal dilaksanakan kelak, pengguna boleh berhubung dan berjumpa dengan calon yang sesuai dengan kriteria sendiri. Malah ia turut dilengkapi dengan sokongan SMS yang akan dipantau oleh ahli keluarga sendiri.

Apps 1Halal Speed Dating memberitahu, aplikasi ini akan mengekalkan kaedah pertemuaan jodoh yang selari dengan syariah dan berbeza dengan aplikasi mencari jodoh yang sedia ada. Mereka turut akan mengintegrasikan sokongan pembayaran dalam aplikasi untuk menjana pendapatan melaluinya.

Apps 3“Untuk pengetahuan anda semua, Halal Speed Dating adalah aplikasi yang memudahkan anda menemui jodoh dengan menggunakan kaedah temu janji pantas yang memenuhi syarat prinsip taaruf Islam. Tiada arak, aksi menggoda, sentuhan, tidak boleh “gedik-gedik” dan tidak dibenarkan saling bertukar butiran kenalan pada acara berkenaan, seperti yang dinyatakan dalam laman web Halal Speed Dating.”

 

You might also like