Aplikasi Terbaru ‘OnePlus Gallery’ Kini Tersedia Untuk Peranti OnePlus 2

813
- Iklan -

未命名_meitu_0 Kemunculan jenama OnePlus telah memperlihatkan sambutan yang sangat positif di kalangan pengguna smartphone di pasaran apabila jenama ini telah memberikan impak yang baik walaupun baru dua tahun diperkenalkan di pasaran. Baru-baru ini OnePlus nampaknya telah hadir dengan satu berita gembira untuk pemilik OnePlus 2 apabila satu aplikasi terbaru yang dibangunkan eksklusif untuk model tersebut telah diperkenalkan iaitu ‘OnePlus Gallery’.

未命名_meitu_01Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pemilik OnePlus 2 ini bukan sahaja menampilkan antaramuka galeri yang lebih ringkas, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan alatan suntingan pra-pasang di dalamnya. Buat masa ini OnePlus Gallery sudahpun boleh didapati di Google Play Store dan ianya hanya boleh dimuat turun terus ke OnePlus 2. Menurut OnePlus, pihaknya akan mendedahkan berita berkaitan kesesuaian sokongan aplikasi OnePlus Gallery ini untuk model lain keluarannya pada masa akan datang.