Tawaran Rebat RM400 Bagi Pembelian Samsung Galaxy Note9 Dilanjutkan Sehingga 28 Febuari 2019

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kian dirasakan dan Samsung tidak mahu ketinggalan untuk meraikannya bersama pengguna dan peminat jenama telefon berkenaan. Justeru, Samsung telah melanjutkan tawaran untuk rebat RM400 dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Note9 sehingga 28 Febuari ini.

Tawaran ini tersedia bagi kesemua pilihan warna Galaxy Note9 sama ada dalam warna Ocean Blue, Midnight Black dan Metallic Copper. Disertakan sekali dengan 128GB atau 512GB storan dalaman.

Tawaran ini tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. Jadi ayuh ke Samsung Experience Stores atau pengedar sah untuk menikmati tawaran ini. Anda juga boleh membelinya secara atas talian.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai tawaran ini, bolehlah melayari laman sesawang Samsung.

Baca juga: 

You might also like