Kemas Kini Harga Samsung Galaxy A7 2018 – Kini Berharga RM1,099

1492
- Iklan -

Peranti pintar tri-kamera dari Samsung iaitu Galaxy A7 2018 yang diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, kini telah membuat pengemaskinian harga di mana harga baharu adalah RM1,099, sebanyak RM200 telah dikurangkan berbanding harga asal RM1,299.

Galaxy A7 2018 adalah peranti pintar pertama dari Samsung yang hadir dengan sokongan tri-kamera 24MP (f/1.7) + 8MP (f/2.4) + 5MP, selain kamera hadapan beresolusi 24MP (f/2.0) bersama sebilangan ciri-ciri menarik masa kini.

Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A7 (2018): Telefon Pintar Dengan Tri-Kamera Pada Harga OHSEM!

Peranti dengan paparan skrin 6 inci SAMOLED FHD+ ini dibekalkan dengan cip pemproses Samsung Exynos 7885 berkelajuan Octa-core 2.2GHz, turut serta 4GB RAM dan 128GB ROM. Spesifikasi lain termasuk sokongan pengecasan pantas Adapative Fast Charging pada bateri berkapasiti 3,300mAh, pengimbas cap jari, pengecaman wajah, sistem operasi Android 8.0 berasaskan Samsung Experience 9.0 dan sebagainya.

Bagi yang berminat menukar peranti baharu tahun baru, boleh melayari Samsung untuk soal pembelian.

 

Samsung Galaxy A7 2018 – Apa Yang Best?! ↓↓↓