Alcatel Idol 5s Dilancarkan – Speaker Stereo Dan Snapdragon 625

Ternyata imej bocor yang dikongsi sebelum ini adalah sahir dan ia mempunyai rekaan yang sama dengan set yang rasmi. Alcatel meletakkan Idol 5s sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan harga pengenalan sebanyak USD280 (lebih kurang RM1,202) seunit.

Dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dan bukannya MediaTek, RAM sebanyak 3GB serta ruangan storan 32GB menyokong kad microSD sehingga 256GB. Kamera utama mendapat lensa 12 Megapiksel f/2.0 dan kamera swafoto pula 8 Megapiksel f/1.8 dibantu dengan fungsi penstabilan imej elektronik (EIS).

Paparan skrin hadir dengan saiz 5.2 inci HD penuh menghasilkan 424ppi jenis AMOLED, manakala sistem audio pula jenis stereo serta fungsi pembatalan suara aktif. Dibekalkan dengan kuasa bateri berkapasiti 2,620mAh, pengecasan boleh dilakukan menggunakan kabel USB Type-C 1.0.

Perisian pada Alcatel Idol 5s ini dijana oleh Android 7.1 Nougat, juga menyokong dua SIM dengan pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang.

Adakah ia akan menembusi pasaran Malaysia?! Nantikan…

You might also like