JOI Kembali Lagi Dengan Tablet Terkini Dua-Dalam-Satu – JOI 11 Pro (64GB) Pada 11 November

SNS Network sebelum ini telah memperkenalkan tablet dua-dalam-satu yang berasaskan Windows 10 iaitu JOI 11 Pro, terkini varian 64GB akan dilancarkan pada 11 November 2018 nanti.

Diketahui, JOI 11 Pro adalah revolusi tablet dengan antaramuka yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kini generasi baharu telah dilengkapi dengan storan yang lebih besar, di samping beroperasi pada Windows 10 Pro (dalam mod S) yang paling canggih dan selamat.

Selain itu, tahap kepekaan yang lebih tepat tanpa sebarang masalah pada Active Pen Pro baharu ini telah dipertingkatkan dengan sokongan Palm Rejection, serta titik tekanan yang telah menerima penaiktarafan.

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan JOI 11 Pro (64GB) di semua kedai atas talian GLOO antaranya GLOO Webstore, GLOO Lazada, GLOO Shopee, GLOO Lelong dan JOI @ Shopee. Bagi jualan di luar talian, tidak tersedia lagi sehingga pengumuman selanjutnya.

Sempena pelancaran tablet ini juga, setiap pembelian JOI 11 Pro (64GB) yang bernilai RM999 akan mendapat PERCUMA Active Pen Pro 110 yang bernilai RM129. Selain itu, pembelian PWP (Purchase with Purchase) juga ditawarkan bagi JOI 11 Metal Keyboard pada harga RM185 (harga asal: RM234.90), serta JOI 11 Keyboard Kulit pada harga RM140 (harga asal: RM187.70).

 

 

 

 

You might also like