
Sony hari ini mengumumkan Glass Sound Speaker yang baharu iaitu LSPX-S2 dijual pada harga RM 2,599. Speaker ini memperlihatkan rekaan yang minimalis dan home speaker yang boleh mudah di bawa. Ia juga tampil dengan hasil bunyi yang berkualiti.
Menariknya, dihadirkan dengan Sony’s unique Advanced Vertical Drive Technology yang mampu menghasilkan bunyi 360 darjah. Ditambah dengan audio beresolusi tinggi memberikan bunyi yang menpersona.
Rekaan Glass Sound Speaker adalah sangat unik ini memberikan sentuhan berbeza untuk kediaman anda. Terdapat Candlelight Mode pada speaker ini yang pastinya mampu menetapkan keadaan yang tenang di kediaaman anda.
Glass Sound Speaker tampil dengan badan yang kompak dengan jangka hayat bateri sehingga 8 jam yang mana boleh digunakan di mana sahaja.
Cara menggunakan speaker ini juga adalah mudah. Dengan sambungan Bluetooth pastinya mempercepatkan padanan telefon anda dengan speaker ini. Menariknya lagi, speaker ini turut disertakan dengan NFC keserasian 1 sentuhan untuk padanan yang lebih pantas.
Menerusi fungsi “Push & Play”, anda boleh menekan untuk memainkan lagu menerusi Spotify Connect1 tanpa perlu telefon anda mengakses muzik. Anda juga boleh menggunakan Wireless Multi-room untuk menyambung dengan lebih 10 peranti Sony Audio menerusi Wi-Fi.
LSPX-S2 Glass Sound Speaker kini tersedia di Sony Stores KLCC dan The Curve serta pengedar sah yang terpilih di Malaysia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.