
HUAWEI Mate X2 Bakal Dilancarkan Pada 22 Februari Ini!!
Ada sesuautu yang menarik mengenai HUAWEI apabila mereka bakal melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai HUAWEI Mate X2pada 22 Februari ini!!

Menerusi poster yang telah terdedah, masih belum dapat dipastikan bagaimana konsep lipatan peranti ini.
Namun perkara yang menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan pemproses yang berkuasa iaitu Kirin 9000 yang memberikan prestasi menakjubkan!!
Dari spesifkasi lain pula, ia hadir dengan skrin 8.01″ bagi skrin utama dan skrin kedua pula adalah 6.45″. Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 50MP + 16MP + 12MP + 8MP.