
Rekaan HUAWEI P50 Pro Terdedah? Adakah Ini Yang Anda Harapkan?
Ada sesuautu yang menarik mengenai peranti yang bakal tiba iaitu siri HUAWEI P50 yang mana rekaan peranti dalam siri ini terdedah!!

Jika dilihat daripada maklumat terdedah ini, peranti ini hadir dengan rekaan 3 kamera belakang bagi P50 manakala P50 Pro pula hadir dengan 5 lensa dan disusun dalam kotak segi empat tepat.
Dikhabarkan juga, siri peranti ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan dapat dipertingkatkan kepada 135W. Ia juga dikatakan bakal dikuasakan oleh Kirin 9000.
Sejauh manakah kebenarannya harus kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak!