
Singapura Menahan Dua Individu Kerana Pokémon Go
Dua rakyat Singapura ditahan kerana mencetuskan pergaduhan yang berpunca daripada permainan telefon mudah alih yang sangat popular, Pokémon Go.
Pergaduahan tersebut melibatkan seorang pemandu dan seorang pejalan kaki pada hari Ahad lalu, di pintu masuk tempat letak kereta di pusat membeli-belah Orchard Road yang popular di Singapura.
Menurut kenyataan polis, pejalan kaki tersebut sedang leka bermain permainan Pokémon Go ketika melintas jalan. Situasi menjadi tegang apabila seorang pemandu membunyikan hon kepada pejalan kaki itu yang membawa kepada tangkapan. Kedua-dua lelaki ditahan kerana kesalahan yang dilakukan dan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda SG$ 5,000 (RM14,898.67) atau kedua-duanya.
Diharapkan trainer di Malaysia mengambil kejadian ini sebagai iktibar, pamerkan contoh dan tabiat yang baik sepanjang bermain Pokémon Go dan ubah persepsi segelintir masyarakat yang hanya memandang serong kepada permainan dan pemain Pokémon Go.

