
Kini rakyat Malaysia boleh menikmati servis pembayaran mobil yang dibawakan khas oleh Maybank. Servis pembayaran dikenali sebagai MaybankPay ini hanya menyokong pengguna dengan smartphone yang mempunyai sambungan NFC dan beroperasi menggunakan sistem Android 4.4 dan ke atas.
Pemilik akaun Maybank yang menenpati kriteria penggunaan MaybankPay kini boleh singgah ke lebih 1000 pusat perniagaan yang mempunyai sokongan terminal Visa PayWave dan menggunakan servis bayaran MaybankPay ini.

