
iPhone Dan iPad Bersaiz Kecil Diumumkan Secara Rasmi
Apple Event merupakan acara tahunan yang sangat ditunggu-tunggu peminat dan pemerhati dunia teknologi. Melalui acara ini Apple akan mendedahkan model terbaru dan tambah baik sistem yang sebelum itu hanya didengari melalui desas desus sahaja.
Pada tahun ini, Apple membuka tirai tahunan mereka dengan memperkenalkan versi iPhone terbaru yang dikenali sebagai iPhone SE dan iPad Pro. Kedua-dua peranti ini mempunyai persamaan yang ketara dan jelas menunjukkan tujuan Apple melancarkan kedua-dua model ini.
iPhone SE hadir dengan skrin 4 inci manakala iPad Pro 9.7 inci, saiz tersebut adalah lebih kecil berbanding model sebelum ini. Pelancaran model bersaiz tersebut jelas menunjukkan ianya disasarkan kepada golongan yang mahukan peranti lebih kompak tetapi masih mengekalkan prestasi yang tinggi. iPhone SE dan iPad Pro 9.7” dilengkapi cip pemproses A9 dan A9X yang digunakan pada peranti flagship mereka. Selain itu, kedua-dua model juga menerima tambah baik kamera dan kini dilengkapi dengan kamera 12 megapiksel yang menyokong rakaman video 4K.
Harga runcit untuk iPhone SE dan iPad Pro 9.7” adalah seperti berikut:
iPhone SE
- 16GB: RM 1949
- 64GB: RM 2449
iPad Pro 9.7”
- Versi WiFi
- 32GB: RM 2699
- 128GB: RM 3399
- 256GB: RM 4099
Versi WiFi + 4G
- 32GB: RM 3299
- 128GB: RM 3999
- 256GB: RM 4699



