Redmi Bakal Jadi Jenama Bebas – Perkenal Peranti Pintar Baharu Pada 10 Januari Depan

992
- Iklan -

Seperti sedia maklum, Redmi merupakan salah satu pengeluar peranti pintar yang juga merupakan sebuah jenama di bawah Xiaomi yang berfokuskan penawaran telefon pintar pada harga mampu milik.

Pun begitu, Xiaomi kini memutuskan untuk menjadikan Redmi sebagai sebuah jenama bebas. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Xiaomi menerusi sebuah poster pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari depan.

Pada masa sama, Redmi turut dikatakan bakal melancarkan sebuah telefon pintar baharu di bawah jenama mereka pada tarikh tersebut. Telefon pintar tersebut dijangka dilengkapi dengan kamera utama sebesar 48MP.

Bagaimanapun, spesifikasi penuh mengenai telefon pintar ini masih belum diperoleh. Jadi, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Adios!