
HUAWEI Y5 Lite Rasmi – Telefon Pintar Dengan Android Go Kedua Keluaran HUAWEI
HUAWEI baru sahaja melancarkan secara rasmi peranti dengan Android GO kedua keluaran mereka dikenali sebagai HUAWEI Y5 Lite di Pakistan, semalam. Pelbagai penambahbaikan premium turut diberikan pada model kali.

HUAWEI Y5 Lite menampilkan paparan berukuran 5.45i inci HD+ dengan nisbah aspek 18:9 tanpa rekaan takuk. Ia dijana oleh MediaTek MT6739 dan dibantu oleh memori sebesar 1GB RAM bersama storan dalaman 16GB (slot kad microSD).

Melengkapinya, kamera utama 8MP (f/2.0) dan kamera hadapan 5MP (f/2.2) bersama LED flash. Telefon pintar ini mempunyai bateri berkapasiri 3,020 mAh dan menjalan platform Android Go dalam versi 8.1 Oreo.

Ditawarkan dengan beberapa warna menarik seperti biru dan hitam, HUAWEI Y5 Lite dijual di Pakista pada harga PKR16,500 (kira-kira RM489).

