
Antutu : 10 Senarai Peranti Pintar Berprestasi Terbaik Sepanjang Disember 2018
TERKEJUT! Itulah reaksi pertama kami selepas meneliti laporan bulanan telefon pintar berprestasi tinggi sepanjang Disember 2018 yang dikeluarkan oleh Antutu.
Memetik laporan tersebut, Nubia Red Magic Mars berjaya merampas takhta telefon pintar berprestasi terbaik apabila dilihat menduduki carta teratas dengan skor 320464. Ia sekalisgus menewaskan HUAWEI Mate 20 di tangga kedua dan HONOR V20 pula di kedudukan ketiga.

Berikut adalah senarai telefon pintar berprestasi terbaik sepanjang Disember 2018 bersama catatan mata yang diperoleh :
- Nubia Red Magic Mars (320464)
- Huawei Mate 20 (309130)
- Honor V20 (305525)
- Huawei Mate 20 X (304096)
- Huawei Mate 20 Pro (302872)
- Honor Magic 2 (300978)
- Black Shark Helo (300211)
- OnePlus 6T (296278)
- Black Shark (294193)
- Nubia X (294032)

Senarai ini nyata mengejutkan kerana, semua sudah maklum bahawa Nubia Red Magic Mars dipasang dengan cip Snapdragon 845 tetapi Mate 20 pula dijana oleh Kirin 980 yang mana sepatutnya lebih baik. Tetapi, siapa sangka kini berjaya ditewaskan.