Rekaan Notch Lebih Kecil, Huawei Mate 20 Hadir Dengan Tri Kamera Pada Panel Belakang

915

Seperti yang dinanti-nantikan, akhirnya Huawei secara rasminya telah melancarkan siri Mate terbaharu mereka iaitu Huawei Mate 20 di London.

Mate 20 hadir dengan rekaan paparan skrin dengan takuk (notch) kecil mirip seperti titisan air pada bahagian atas selain disertakan sokongan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang di bawah kamera.

Dalam pada itu, Mate 20 menampilkan paparan skrin berukuran 6.53 inci (2244×1080 piksel) dan ia hadir dengan panel IPS LCD sekaligus memberi keselesaan kepada para penggunanya.

Dikuasakan oleh pemprosesan Kirin 980, Mate 20 direka dengan sokongan tiga kamera beresolusi 16MP(f/2.2)+12MP(f/1.8)+8MP(f/2.4) bersama sokongan LED flash. Manakala, kamera hadapan pula adalah sebesar 24MP (f/2.0) dengan penawaran pelbagai ciri menarik.

Melengkapi lagi spesifikasi Mate 20 adalah 4/6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Telefon pintar ini tidak menyokong slot kad microSD, sebaliknya Huawei memperkenalkan kad istimewa tersendiri yang dinamakan sebagai NM, dan buat masa kini hanya terdapat 128GB storan, pada masa akan datang boleh dikembangkan sehingga 256GB. 

Bateri pada Mate 20 pula adalah sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui USB-C. Selain itu, ia turut mempunyai keupayaan kalis air dan debu pada kadar IP68.  

Ditawarkan dalam lima warna berbezaiaitu Emerald Green, Midnight Blue, Pink Gold, Twillight dan Black, Mate 20 dijual pada harga €799 (kira-kira : RM3836)untuk versi 4GB+128GB dan €849 (kira-kira : RM4077)untuk 6GB + 128GB. Ketersediaan bermula 16 Oktober 2018.