Dah Lepas Sirim? Vivo NEX 3 Dijangka Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Oktober Kelak

Vivo baru sahaja memperkenalkan siri NEX terbaharu mereka iaitu vivo NEX 3 di China, baru-baru ini. Lebih mengejutkan, peranti tersebut kini dikatakan telahpun melepasi pengesahan Sirim, dibawah nama model vivo 1913. Ia sekaligus menandakan ia dalam bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi – dijangka pada bulan Oktober kelak.

Kemunculan vivo NEX 3 memberi gambaran jelas mengenai komitmen berterusan vivo kepada teknologi masa depan – di mana siri NEX 3 menampilkan dua versi berbeza iaitu 5G dan 4G yang menggabungkan inovasi terbaru vivo. Sekaligus, mendefinisikan semula standard peranti perdana dan pengalaman mudah alih.

[ BACA : vivo NEX 3 Kini Muncul, Ujian Penanda Aras Antutu Catat Skor Pecah Rekod – 497,858 Mata! ]

You might also like