
Kemunculan Apple dengan siri iPhone terbaru nampaknya berjaya menarik perhatian ramai. Ramai yang masih bercakap mengenainya sehingga ke hari ini. Bagi korang yang berminat nak miliki siri iPhone 11 dengan pelan ansuran terbaik dan harga terlajak rendah, ada baiknya korang pertimbangkan pelan ini!

Digi menawarkan pelan ansuran terendah untuk Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max menerusi program Digi PhoneFreedom 365 – Ketersediaan adalah bermula 27 September 2019. Rugi weyh kalau korang tak dapatkan sebab banyak sangat ganjaran yang menanti korang!
Lebih menarik, 80 pelanggan terawal membeli salah satu model siri iPhone di Digi Store, Bangsar Shopping Centre (BSC) pada hari pelancaran iaitu 27 September 2019 – layak membeli Apple Watch Series 4 atau iPhone 6s dengan hanya RM11 sahaja.
-
Diskaun Sehingga 60% Untuk Aksesori Terpilih
Di samping itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk sejumlah aksesori iPhone terpilih di kedai berkenaan. Maklumat lanjut, klik pada pautan ini.
-
2 Kali Ganda Faedah Terbaik
Pelanggan yang membeli iPhone 11, iPhone 11 pro dan iPhone 11 Pro Max melalui PhoneFreedom 365 bakal menikmati 2 kali ganda faedah – 80GB data internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian sama ada di dalam mahupun luar negara (internet roaming 5GB PERCUMA + 60 minit panggilan perayauan + 60 minit panggilan IDD ke 10 negara).

Tidak ketinggalan, pelanggan yang mendaftar dengan pelan Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 dengan program Digi PhoneFreedom 365 – berhak mendapat perlindungan percuma Digi Shield selama 24 bulan bagi melindungi peranti anda dari sebarang kerosakan atau kecurian.
Dalam pada itu, pelanggan juga boleh naik taraf peranti sedia ada kepada peranti baru secara percuma (18 bulan dan ke atas) setelah selesai membuat pembayaran dan tanpa tunggakan. Maklumat lanjut, layari Digi.

