Kerjasama TikTok & IFRC : Tingkatkan Kesedaran Terhadap Perubahan Iklim

TikTok dan International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) telah berkerjasama dengan melancarkan cabaran #ForClimate, yang mana bertujuan menginspirasikan orang awam bagi meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim yang semakin serius.

Cabaran #ForClimate ini mengandungi semangat baru IFRC melalui inisiatif global mereka yang bertajuk #FacesOfClimateChange. Ia berlangsung dari 16 – 30 September 2019 dengan melancarkan 3 pelekat khas yang menggambarkan keadaan cuaca yang melampau, iaitu taufan, salji dan pemanasan global.

Bukan itu sahaja, pengguna TikTok juga boleh mengambil kuiz interaktif untuk menguji pengetahuan tentang alam sekitar dan berkongsi tindakan yang telah diambil untuk menghentikan cuaca ekstrim yang sedang berlaku.

 

You might also like