
Kepada mereka yang ingin memiliki jam pintar Apple Watch, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda membelinya! Apple Watch kini menerima potongan harga yang sukar dipercaya, lebih daripada RM 2000 dari harga asal.
Apple Watch Stainless Steel Sport Band kini dijual pada harga RM1,249 (harga asal RM2,499) untuk model 38mm dan RM1,374 (harga asal RM2,749) bagi model 42mm. Walaupun model Aluminium dan Stainless Steel ini memiliki spesifikasi yang sama, rekaan luaran edisi Stainless Steel kelihatan lebih premium, kerana ianya diperbuat daripada besi tahan karat 316L, dengan permukaan jam dilindungi kaca nilam yang tahan lasak.
Selain jam, tali jam Apple Watch turut menerima potongan harga, di mana Apple Watch dengan Milanese Loop kini berharga RM1,499, manakala Apple Watch Stainless Steel Case dengan Link Bracelet pula berharga RM2,149 sahaja berbanding RM4,299 sebelum ini. Stok agak terhad memandangkan model baru Apple Watch akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak harga Apple Watch di Machines.

