

Jika anda mementingkan personaliti dan gaya, anda boleh cuba mendapatkan dua model Acer Swift 3 dan Switch 5 baharu ini kerana rekaan yang ultra-nipis menonjolkan lagi identiti seseorang itu kepada tahap yang lebih tinggi.
Acer Swift 3

Model ini sudah dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas, akan tetapi kini ia menerima kemasan baru yang didatangkan dengan warna Stellar-Blue (biru) dan Salmon Pink (merah jambu), di samping pilihan saiz paparan 15.6 inci.
Komputer riba ini dilengkapi sehingga 256GB dan memori sehingga 8GB DDR4 untuk prestasi yang lancar. Jangka hayat bateri pula boleh mencecah 10 jam bersama teknologi 2×2 MU-MIMO 802.11ac terkini, sekaligus pengguna dapat menyelesaikan segala tugasan atau permainan dengan pantas dan selamat.


Paparan kaca HD penuh IPS bersaiz 14 atau 15.6 inci yang terang dan jelas membuatkan mata seronok untuk menonton di mana jua sekalipun. Swift 3 juga menampilkan ciri Acer Fingerprint dan Window Hello menawarkan akses yang cepat, mudah, dan selamat tanpa memerlukan kata kunci.
Acer mengesyorkan harga buat Swift 3 dengan tanda harga bermula RM3,399 hingga RM3,899 seunit.
Acer Switch 5

Dibina berasaskan inovasi industri terkemuka terdahulu, Switch 5 dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 Generasi Ketujuh terbaik dalam melakukan tugas-tugas penting, pembentangan dan hiburan.
Komputer riba 2-dalaam-1 ini menawarkan pengalaman penggunaan tanpa kipas yang senyap menerusi teknologi Acer LiquidLoop. Pemegang pada kaki peranti ini boleh dilipat secara automatik membolehkan pengguna mengubah suai sudut tontonan mengikut kesesuaian.


Switch 5 dipadankan bersama sebatang pen khas Active Stylus Pen untuk melakar, mencatit nota, mencatat dokumen atau foto pada skrin sentuh dengan menggunakan Windows Ink. Fungsi pada peranti ini disempurnakan lagi dengan jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 10.5 jam cukup untuk kegunaan seharian.
Acer meletakkan harga untuk dua model ini masing-masing RM3,999 (i5, Windows 10) dan RM4,999 (i7, Windows 10 Pro) disertakan sekali dengan dok papan kekeunci.
Mulai 3 Ogos hingga 30 September, para pelanggan akan menerima perisian Microsoft Office 365 untuk mana-mana pembelian model-model Acer terpilih di antara RM3,000 dan RM3,999, manakala, untuk RM4,000 dan ke atas, pelanggan akan menerima satu 1TB Hard Disc Drive secara percuma. Kempen “Be Cool Everyday” boleh dilayari melalui laman sesawang Acer.

