Android P Bakal Hadir Dengan Sokongan Untuk Paparan Skrin ‘Rongak’?!

Rekaan ‘rongak’ pada paparan skrin seakan sudah mula diterima oleh kebanyakan pengguna telefon pintar. Walaupun pada awalnya ia menerima kritikan hebat terutama sekali iPhone X. Bagi sistem operasi Android yang akan datang, Google dilaporkan bakal hadir dengan perisian yang menyokong rekaan paparan skrin ‘rongak’ tersebut.

Salah satu matlamat utama Android P adalah memfokuskan kepada penambahbaikan dari segi perisian dan juga sistem operasi supaya dapat menarik lebih ramai pengguna iPhone beralih kepada platform Android.

Selain itu, Google akan mereka semula sistem supaya dapat diintegrasikan dengan baik pada peranti yang mempunyai skrin paparan yang unik seperti ZTE Axon M serta peranti dengan skrin boleh lentur dari Samsung.

Ura-ura mengatakan nama Android P adalah Pistachio Ice Cream

Tujuan utama Android P dengan sokongan terhadap skrin ‘rongak’ adalah kerana Google berpendapat rekaan itu semakin popular di kalangan pengeluar telefon pintar hari ini.

Sumber

You might also like