
Musim perayaan yang ditunggu setiap tahun bakal menjelang tidak lama lagi dan pusat membeli belah pastinya akan dipenuhi dengan orang ramai yang ingin membeli barang untuk insan yang tersayang. Namun ini pastinya akan membingungkan anda kerana memilih hadiah untuk mereka.
Berikut merupakan garis paduan yang perlu anda tahu ketika membeli hadiah yang sesuai untuk insan yang tersayang.
1. Pengemar kecantikan
Individu jenis ini pastinya ramai di kalangan insan tersayang anda yang mana rata-rata daripada mereka adalah kaum wanita. Terdapat juga kaum lelaki yang sering tergolong dalam golongan ini. Mereka yang terdiri daripada golongan ini sering memanjakan diri mereka dari dalam. Justeru penggemar kecantikan pastinya tertarik dengan mandian mewah dan keperluan penjagaan badan dari Crabtree & Evelyn, Innisfree Face Mask atau bahkan Laneige Sleeping Mask.
2. Individu yang berseni
Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini pastinya sangat menghargai hadiah buatan tangan. Kebiasaanya mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah mereka yang berseni, atau datuk dan nenek, ibu bapa dan sebagainya. Pastinya memberi hadiah yang berseni dan berkraf sangat mengujakan. Kumpulkan kanak-kanak di dalam keluarga anda dan sibukkan diri mereka dengan membantu menghasilkan hadiah yang istimewa.
3. Pencita alam
Membeli hadiah bagi golangan ini akan sedikit sukar kerana kebanyakkan hadiah di pasaran akan berakhir di tapak pelupusan. Jadi hadiah yang paling sesuai bagi golongan ini ialah sesuatu yang boleh dikitar atau digunakan semula sama ada straw logam, cawan boleh guna semula kepada beg kitar semula yang direka oleh pereka.
4. Pencinta Krismas
Golongan ini pastinya sangat menghargai tema perayaan Krismas. Jadi sebarang hadiah yang mengingatkan mereka tentang perayaan ini adalah sangat dihargai seperti stokin. Terdapat juga beg yang bertemakan Krismas yang boleh diberikan kepada mereka.
5. Pemburu tawaran
Mereka yang berada dalam golongan ini sangat menghargai tawaran yang baik atau baucer yang mana sangat berguna dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Jadi hadiah yang sangat sesuai untuk mereka adalah baucer untuk menikmati makanan kegemaran mereka atau baucer yang boleh mengurangkan perbelanjaan mereka.
Tapi kenapa perlu bersusah memikirkan hadiah-hadiah yang sesuai buat semua. Biar Grab yang membantu anda. Hanya datang ke Grab Christmas Store di Mid Valley Megamall (SouthCourt) dan mereka akan membantu anda memilih hadian yang terbaik untuk insan tersayang anda. Anda boleh menggunakan GrabRewards points atau membeli menggunakan GrabPay Credit pastinya sangat meudahkan.
Jika anda membayar dengan GrabPay Credits, anda akan mendapat lebih banyak GrabRewards points yang boleh anda gunakan untuk menebus barang lain daripada GrabRewards catalogue.
Sebagai tambahan, untuk memudahkan lagi proses membeli-belah anda, gunakan kod promo GRABMVM untuk mendapatkan potongan RM10 untuk perjalanan Grab anda mengarah atau dari Mid Valley Megamall jika anda membayar menggunakan GrabPay. Promo ini sah sehingga 1 Januari 2019.
Untuk maklumat lebih lanjut anda bolehlah melayari Grab Christmas Store
Baca juga:
- GrabFood Kemas Kini Aplikasi, Penuhi Hasrat Pengguna Dengan Tawaran Lebih Mengiurkan!
- GrabPay, Satu Lagi Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Diperkenalkan