IFA 2017: Alami Pengalaman Star Wars Dengan Alat Realiti Maya, Mirage AR

Aksi lawan di dalam filem Star Wars hanya boleh dirasai melalui pengalaman menonton skrin layar sahaja. Kali ini Lenovo memperkenalkan Mirage AR, sebuah alat realiti maya membolehkan para pengguna memegang watak sebagai Jedi dalam sesuatu cabaran. Peranti ini juga yang pertama dihasilkan oleh Lenovo hadir bersama lightsaber dan alat penjejak beacon.

Mirage AR dan dua alat tambahan ini mudah diserasikan bersama telefon pintar Android dan iOS. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Star Wars: Jedi Challeges seterusnya memasukkan telefon pintar ke dalam slot di depan Mirage AR. Ia juga direka ringan dan ergonomik supaya pengguna tidak berasa penat atau berasa sakit.

HyperFocal: 0

Keselesaan apabila memakai Mirage AR membolehkan pengguna seolah-olah berada dalam situasi sebenar. Kegunaan alat beacon pula berfungsi sebagai kamera yang menjejak kedudukan si pemakai yang diletakkan di permukaan lantai. Untuk mengawal permainan ini, lightsaber menyediakan dua butang mudah yang boleh digunakan sebagai alat kawalan serta penunjuk.

HyperFocal: 0

Perisian dalaman pula, Lenovo telah bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan 100 tajuk aplikasi VR di dalam Lenovo Explorer. Pengguna juga boleh bermain permainan mudah alih VR, menonton video 3D, video 360 darjah, dan video 4K. Kesemuanya boleh disambung dengan mudah ke komputer menggunakan kabel sahaja.

Jika alat ini dijual di masa kelak, kami jangkakan harganya juga mungkin agak tinggi juga.

You might also like