ECOVACS ROBOTICS Pecah Rekod Jualan

946
- Iklan -

ECOVACS ROBOTICS, merupakan peneraju dalam robotik kediaman berkata kemuncak jualan ketika musin percutian kini bermula yang pastinya menunjukkan peningkatan pembelian secara atas talian pada Black Friday dan 11.11 yang juga dikenali sebagai Single Day.

Perkara ini merupakan antara indikator pengembangan secara global untuk ECOVACS yang mana memperlihatkan mereka berada di kedudukan ketiga dalam pasaran Robotik dunia. Di Amerika Syarikat, ECOVACS telah berkoloborasi bersama peruncit-peruncit besar untuk meningkatkan jualan dan pada awal Mei lalu, ECOVACS telah melancarkan jualan APAC dan hub pemasaran di Hong kong. Sementara pada September, syarikat tersebut memperkenalkan inovasi terkini teknologi AI untuk robot pembersihan lantai di IFA 2018 di Berlin.

ECOVACS pastinya komited untuk meluaskan pasarannya secara global apabila telah menunjukkan hasil yang menakjubkan pada Black Friday di seluruh dunia apabila DEEBOT N79S menjadi robot vakum pembersih terlaris di pasaran antarabangsa. Di Amerika Syarikat, ECOVACS mencapai kejayaan yang membanggakan di dalam jualan omni-channel yang mana mencatatkan pertumbuhan jualan 100 peratus ketika tempoh Black Friday 2018.

Di Eropah, pelanggan di Jerman, Sepanyol Itali, perancis dan UK memilih DEEBOT OZMO 930, yang mana dilengkapi dengan teknologi pemetaan dan sedutan yang berkuasa dan keupayaan mengemop yang memperlihatkan robot tersebut mendominasi tempat teratas bagi kategori pemetaan robot vakum di pasaran. DEEBOT N79 merupakan satu lagi kejayaan apabila di Jepun ia merupakan jualan terbaik Amazon bagi kategori produk vakum robot.

Di Malaysia, ECOVACS ROBOTICS merupakan jenama kedua terbaik bagi kategori perkakas rumah ketika jualan Lazada 11.11. DEEBOT OZMO600 mencatatkan jualan terbaik bagi model pembersih vakum robot pada jualan Single Days.

Bagi meraikan kejayaan yang telah dicapai, ECOVACS ROBOTICS akan menyertai pada jualan Lazada 12.12 dari 10 sehingga 12 Disember 2018. Promosi – promosi yang menarik termasuklah:

  • 25% promosi storewide + tambahan 15% off Crazy Brand Flash
  • 60% Mega Flash Sales ( pembeli boleh menikmati DEEBOT OZMO 600 dan DEEBOT N79T pada harga RM899 dan RM699 yang mana harga asalnya adalah RM2199 dan RM1899) pada Disember dari 12 pagi sehingga 9 pagi sementara stok masih ada.
  • 10 unit ECOVACS DEEBOT N79T untuk slash pada RM99 pada 10 Disember
  • 10 unit ECOVACS Mini2 bagi slash padaRM1 pada 12 Disember

Bagi yang terlepas jualan 11 November lalu, ini merupakan peluang terakhir anda untu membeli barangan pada harga yang murah.Layari laman sesawang Lazada untuk mendapatkan promosi-promosi terkini.

Baca juga: