ECOVACS ROBOTICS Rasmikan DEEBOT OZMO 600 Dan DEEBOT N79T, Bantu Kerja Pembersihan Di Rumah

1305
- Iklan -

ECOVACS ROBOTICS Baru sahaja melancarkan 2 produk terbaharu iaitu DEEBOT OZMO 600 dan DEEBOT N79T yang boleh membantu anda membuat keputusan.

Kayu yang keras dan lantai yang kosong adalah perkara biasa di kawasan cuaca tropikal yang mana ia mampu membuatkan kediaman anda lebih sejuk. Cabarannya adalah ketika ingin membersihkan habuk kerana kotoran agak sukar untuk ditanggalkan. Apa yang anda perlukan ialah DEEBOT OZMO 600 yang mana vakum dan mop berada pada satu model.

Robot ini dilengkapi dengan OZMO™ Mopping Technology yang dilengkapi dengan kawalan elektronik pum air yang mana secara konsisten mengeluarkan air dari takungan untuk memulakan proses mengemop. Robot ini juga mempunyai sensor untuk menukar secara automatik kepada mopping mode atau menghentikan atau melembutkan kain bagi memastikan pembersihan yang lebih selamat dan baik. Ia juga dilengkapi dengan “hard floor mode” yang memastikan akan mengikut arahan bagi pembersihan yang lebih sistematik.

1 lagi model ialah DEEBOT N79T yang mana robot pembersih ini mampu melaksanakan pembersihan mendalam. Robot ini mempunyai max Mode yang akan meningkatkan kuasa sedutan oleh twofold yang akan memberikan kepada anda pembersihan yang baik yang sangat sesuai untuk lantai yang keras, karpet dan mengemas kotoran degil. Vakum ini juga juga dilengkapi dengan 3 peringkat sistem pembersihan iaitu menyapu, lif dan vakum bagi memastikan pembersihan yang lebih baik dan bersih khususnya pada karpet.

Robotrobot ini dilengkapi dengan beberapa mode antaranya cleaning mode, auto mode untuk pembersihan am, edge mode untuk membersihkan di kawasan tertentu seperti di bucu dan spot mode bagi membersihkan kotoran yang sukar dibersihkan.

Deebot model ini disambung pada ECOVACS App agar pengguna boleh menjadualkan waktu pembersihan, menetap cleaning mode, memantau robot dan status pembersihan dan menikmati kemudahan kerja rumah secara automatik.

DEEBOT OZMO 600 dan DEEBOT N79T boleh didapati pada harga RM2,199 dan RM1,899. Kedua-dua model ini akan boleh dibeli secara atas talian di Lazada.

Bersempena dengan Festival Beli Belah Lazada 11.11, pengguna boleh menikmati sekurang-kurangnya 50% ECOVACS DEEBOT OZMO 600 and DEEBOT N79T. layari laman web ECOVACS untuk mengetahui maklumat lanjut.