

Tidak sampai 24 jam OnePlus 6T dilancarkan, peminat telefon pintar di Malaysia kini boleh membuat tempahan awal untuk memiliki OnePlus 6T. Ia merupakan set rasmi dan diedarkan oleh pengedar sah OnePlus iaitu Mi Han Sdn. Bhd.
Pra-tempah bermula hari ini (30 Oktober) hingga 7 November 2018 dan boleh dibuat di kedai atas talian Lazada. Kepada 100 tempahan terawal akan menerima satu tahun jaminan tambahan serta diskaun RM200 untuk pembelian OnePlus Bullets Wireless. OnePlus 6T dijangka akan dijual untuk pasaran tempatan pada 8 November 2018.

Harga yang ditawarkan oleh OnePlus 6T di Malaysia adalah :
- 6GB RAM + 128GB ROM – RM2,588
- 8GB RAM + 128GB ROM – RM2,888
-
8GB RAM + 256GB ROM – RM3,188


