Unit Terhad Telefon Pintar Motorola Sedang Dijual Di Lazada

Seperti biasa, gudang jualan atas talian e-dagang terkenal Malaysia, Lazada sedang mengadakan jualan murah dalam promosi #MyCyberSale. Berlangsung dari 9 Oktober (hari ini) sehingga 13 Oktober 2017, #MyCyberSale menawarkan promosi dan hadiah menarik secara percuma bernilai sehingga RM638 apabila anda membeli telefon pintar terpilih Motorola.

Moto Z Play kini ditawarkan pada harga RM1,349 daripada harga asal RM1,899 dan didatangkan dengan pilihan warna Hitam. Setiap satu unit pembelian, pembeli akan menerima hadiah bernilai RM638. Ia termasuk Moto Mod Incipio OffGRID Power Pack dan fon kepala Bluetooth Motorola HK115.

Baca juga : Moto Z Play, Rekaan Kaca Dengan Lensa Menonjol

Manakala, Moto G5 Plus pula dijual dengan tanda harga RM999 yang sebelumnya RM1,299. Boleh didapati dengan warna Fine Gold dan Lunar Grey. Anda juga akan menerima pakej hadiah iaitu pelindung boleh lipat, powerbank 5,000mAh, dan jaminan lanjutan satu (1) tahun secara percuma.

Reviu Eksklusif : Moto G5 Plus, Peranti Kelas Pertengahan Dengan Spesifikasi Terbaik

Untuk telefon pintar permualaan, anda boleh dapatkan Moto E4 dengan harga RM599 selepas potongan harga daripada RM639. Anda boleh memilih sama ada warna Blush Gold atau Iron Grey dan mendapatkan hadiah percuma seperti sarung TPU, pelindung skrin (tempered), dan baucar tunai Giant RM50.

Baca juga : Rasmi! Moto E Generasi Ke-4 Diperkenalkan!

Jadi, tidak perlu berlengah lagi, segera dapatkan telefon pintar Moto melalui Lazada sebelum tarikh promosi tamat. Unit adalah TERHAD.

You might also like