
Serlahkan kreativiti anda walau di mana sahaja anda berada sewaktu Hari Raya kali ini dengan bantuan Galaxy A32 dan A32 5G. Dengan pelbagai trend baharu yang muncul di TikTok saban hari, pasti ia mencabar buat semua pencipta kandungan untuk melakukan lebih banyak perkara menarik dengan menggunakan telefon pintar. Walaupun kita perlu kekal berada di rumah pada musim perayaan ini tetapi ia tidak akan mengehadkan anda dengan adanya Galaxy A32 dan A32 5G di tangan anda!

Apabila bercakap mengenai paparan telefon, semuanya berkisar mengenai melihat dan dilihat – oleh sebab itu dengan Galaxy A32 anda dapat menjamu mata anda dengan tontonan dengan warna yang lebih cerah dan menakjubkan pada skrin penuh bersaiz 6.4-inci yang turut dilengkapi Super AMOLED Infinity-U. Tidak kira siang atau malam, ia mempunyai paparan yang telah ditambah baik dengan kecerahan sehingga 800nits – anda dapat berkumpul dengan adik-beradik untuk bersama-sama menikmati pengalaman menonton visual beresolusi tinggi sama ada menonton kandungan tular daripada semua pensohor media sosial kegemaran anda pada Hari Raya ini atau pun bersantai dengan menonton filem popular di Netflix bersama-sama sambil menikmati kuih Raya.
Jika anda lebih suka skrin yang lebih besar dan yang lebih selesa untuk tontonan mata, kami mempunyai pilihan yang tepat untuk anda iaitu – Galaxy A32 5G, tampil dengan skrin penuh bersaiz 6.5-inci dilengkapi Infinity-V HD+. Selain itu, menatal media sosial jadi lebih menyeronokkan dengan kadar segar semula 90Hz, Galaxy A32 membuatkan anda mudah untuk “double-tap” pada gambar Raya #OOTD rakan-rakan anda selain memudahkan anda untuk meleret ke semua arah pada skrin seakan-akan jari anda pada helaian sutera yang licin tanpa ada gangguan.
Tidak perlu risau lagi untuk memadam gambar-gambar atau kandungan dalam telefon anda disebabkan ruang storan yang terhad kerana kedua-dua Galaxy A32 dan Galaxy A32 5G menawarkan storan besar bersaiz 128GB. Anda juga boleh mendapatkan ruang storan tambahan sehingga 1TB dengan kad mikroSD memberi peluang untuk anda mendapatkan gambar yang sempurna! Dengan RAM 8GB, ia boleh melakukan pelbagai tugasan secara efisien dan boleh menukar antara aplikasi-aplikasi tanpa gangguan. Sama ada untuk penstriman video berkelajuan tinggi, merakam pelbagai kandungan trending, bermain game seharian, membuat panggilan video bersama rakan dan keluarga, atau memindahkan gambar-gambar Raya beresolusi tinggi, anda tidak perlu ragu dengan kebolehan Galaxy A32 dan A32 5G yang dapat membantu anda untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa!
Duo Galaxy A32 boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM1,099 (Galaxy A32) dan RM1,199 (Galaxy A32 5G) – dan jangan lepaskan promosi yang kini sedang berlangsung seperti disenaraikan di bawah:
