
Peranti flagship siri Redmi K20 baru sahaja dirasmikan di pasaran China, dan kini pihak Xiaomi turut mengemaskini twitter mereka dengan mengesahkan ketibaan Mi 9T versi antarabangsa pada 12 Jun 2019 ini.
________________
Baca Juga:
- Redmi K20 Pro Diperkenal – Sokong Snapdragon 855 + Rekaan Pop Up + Kamera Utama 48MP
- Redmi K20 Diperkenal – Sokong Snapdragon 730 + Kamera Utama 48MP + Bateri 4,000mAh
Menerusi Twitter Xiaomi, Mi 9T merupakan peranti yang hadir dengan kamera utama 48MP, kapasiti bateri 4,000mAh dan dijana cip pemproses Snapdragon. Lebih menarik, Mi 9T juga mempunyai port audio 3.5mm yang sentiasa digemari peminat muzik.
Walaupun masih tidak banya lagi spesifikasi yang tidak diketahui, namun peminat Malaysia dipercayai boleh memiliki peranti ini dalam jangka waktu yang tersingkat kerana Mi 9T telah melepasi kelulusan SIRIM.
Multi functional NFC tech is here! Try it on #Mi9T and make life simpler for yourself! Tell Mi how you plan to use NFC technology! #PopUpInStyle pic.twitter.com/T5JuoZfEwN
— Xiaomi (@Xiaomi) June 6, 2019
Adakah ia akan dilancarkan serentak pada 12 Jun nanti? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia.

