Samsung Bakal Hadir dengan Samsung Galaxy Z Flip Lite?? – Hadir Dengan Ulrta Thin Glass??

148

Samsung Galaxy Z Flip sudah pun dijual bagi pasaran Malaysia. Namun ada satu desas-desus yang menyatakan bahawa berkemungkinan model ini bakal tampil dalam versi Lite.

Menurut satu tweet daripada Ketua Pegawai Eksekutif Display Supply Chain Consultants (DSCC), Ross Young berkata bahawa beliau ada mendengar desas-desus mengenai Samsung Galaxy Z Flip Lite yang hadir dengan Ultra Thin Glass (UTG).

Tidak banyak lagi maklumat yang terdedah mengenai peranti ini. Jadi teruskan bersama kami bagi mengetahui perkembangannya.