
Khas untuk korang yang kaki wayang! Sekiranya korang ingin rasakan kelainan dalam pengalaman menonton wayang, boleh lah cuba nikmati kehebatan pawagam GSC Screen X di 1Utama, Petaling Jaya.
Screen X ini menawarkan pengalaman menonton wayang menerusi skrin panorama yang unik pertama di Malaysia – paparan tayangan mencecah 270 darjah. Lebih menarik, harga tiket ditawarkan hanya RM14 dan tersedia untuk masa terhad bermula HARI INI – 4 September 2019 (kadar bayaran mungkin berubah selepas tamat tempoh promosi).
Pawagam ini hanya menayangkan sebanyak 5 movie terpilih seperti Spider-Man: Far From Home, Captain Marvel, Godzilla: King of Monsters, Annabelle Comes Home dan Bohemian Rhapsody. Semua masa tayangan bermula jam 9 malam dan korang boleh layari laman GSC untuk semakan slot tayangan. Enjoy!





