Huawei Mate 10 Pro Edisi Terhad Pink Gold Mula Dijual 8 Februari

Huawei Mate 10 Pro sebuah telefon pintar yang sarat dengan ciri-ciri terkini. Sejak ia dilancarkan di pasaran Malaysia, telefon ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan peminat Huawei sendiri dan pada masa itu ia hanya ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Mocha Brown dan Midnight Blue.

Terbaru, Huawei Malaysia mengumumkan Huawei Mate 10 Pro akan ditawarkan dengan pilihan warna baharu iaitu Pink Gold. Warna istimewa ini dipasarkan dengan kuantiti yang terhad bersempena Hari Kekasih yang jatuh pada minggu hadapan.

Huawei Mate 10 Pro dilengkapi cip berkuasa Kirin 970 bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Ia dipadankan dengan skrin 6-inci HD penuh+ dan bateri sebesar 4,000mAh. Hadir bersama gabungan kamera Leica berteknologi tinggi serta sokongan kalis air.

Bagi anda yang berminat, Huawei Mate 10 Pro Pink Gold boleh didapati di stor sah Huawei bermula 8 Februari ini pada harga RM3,099 seunit.

Reviu Eksklusif: Huawei Mate 10 / Mate 10 Pro – Sebuah Peranti Premium Yang Perlu Anda Pertimbangkan

You might also like